Monday, August 31, 2009

Lagu nasyid Best..

Artis : Mestica
Tajuk : Egois

Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan

Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

Lagu : Wan Shah (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Faizal Osman
Program Muzik : Trabye

Sumber http://www.hijjaz.com.my/

Sunday, August 30, 2009

Jadual di Bulan Ramadhan & hari2 biasa

Sebenarnya saya terjumpa contoh jadual ni waktu baca2 blog & saya rasa nak kongsi sama2 ngan sume mengenai ibadah2 & tanggungjawab kita sebagai muslim terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini disebabkan waktu siang kita tiada waktu untuk 'makan' seperti hari2 biasa. Semoga kita sama2 dapat melaksanakan ibadah ini.

03.00 pagi
Bangun pagi dan berdoa kepada Allah SWT dengan doa: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku, setelah Dia mematikan aku dan kepadaNya lah aku akan dikembalikan.
Berniatlah kepada Allah SWT untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan (ibadah) hari itu. Mandi dan bersihkan diri. Ambil air wudhu dan memakai pakaian yang bersih suci untuk beribadah, pakai wewangian.

03.20 pagi.
Solat Sunnah Taubat : Niat solat. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun (terpulang masing-masing), rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas (terpulang masing-masing). Selepas solat, angkatlah kedua tangan, memohon ampun kepada Allah. Menangis dengan disertai penyesalan atas dosa yang telah kita lakukan.

Solat sunnah Tahajud : Niat solat. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun (terpulang masing-masing), rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas (terpulang masing-masing). Selepas solat, angkatlah kedua tangan, memohon ampun kepada Allah. Menangis dengan disertai penyesalan atas dosa yang telah kita lakukan.

Solat sunnah Hajat : Niat solat. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali (terpulang masing-masing). Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali (terpulang masing-masing). Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat sunnah Witir : Niat solat. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat (atau langsung bisa 3 rakaat). Perbanyaklah berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta kepada Allah, merintih memohon kepada Allah, agar Allah mengampuni dosa-dosa kita, taubat kita, menerima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

04.30 pagi.
Makan Sahur, menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

05.30 pagi.
Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran, berzikir atau berselawat. Solat sunnah Subuh, solat Subuh berjamaah. Selesaikan wirid harian di tikar/sajadah atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

07.00 pagi.
Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan berdoa kepada Allah SWT agar semua aktiviti kita diberkatiNya. Sentiasa berzikir, berselawat kepada Rasulullah SAW di dalam hati.
Perbanyakkanlah istighfar, meminta ampun kepada Allah SWT. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahwa Allah sentiasa memperhatikan kerja-kerja yang kita lakukan dan yakinilah bahwa Dia akan membalas segala kebaikan yang kita perbuat dan lakukan.

08.00 pagi.
Solat sunnah Dhuha. Ia adalah sumber rezeki yang berkah jika istiqamah diamalkan.

1.00 petang.
Bersiap-siap untuk solat zuhur. Menunggu waktu solat dengan solat sunnah, berzikir, berselawat. Solat zuhur berjamaah. Laksanakan juga solat sunnah Rawatib.
Bersyukur setelah selesai melaksanakan solat sunnah dan wirid sebagai tanda terima kasih kepada Allah yang telah memberi kita nikmat besar dapat menyembah dan bersujud kepadaNya.

4.15 petang.
Bersiap-siap untuk solat Asar. Solat Asar berjamaah. Laksanakan juga solat sunnah qabliyah. Bersujud syukur setelah selesai melaksanakan solat sunnah dan wirid sebagai tanda terima kasih kepada Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat yang besar serta dapat menyembah dan bersujud kepadaNya.

5.30 petang.
Membeli barang-barang untuk keperluan berbuka dan sahur, tanpa berlebih- lebihan. Ingatlah walaupun syaitan dirantai, namun nafsu masih ada dalam diri kita !!!

7.00 petang.
Memperbanyakkan doa sebelum berbuka. Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab untuk berdoa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Berapa banyak orang yang berpuasa, namun yang mereka dapatkan hanya lapar dan dahaga”, bermohonlah kepada Allah memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu Magrib, bacalah doa dan berbuka : “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, dan kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezeki engkaulah aku berbuka”.

Berbuka puasalah dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjamaah, setelah itu barulah makan makanan berat atau boleh ditunda ba’da solat tarawih.

8.30 malam.
Siap-siap untuk solat isya’ berjamaah dan diteruskan dengan solat tarawih hingga selesai. Cuba pertahankan solat tarawih, walau bagaimanapun keadaan, atau sekalipun kerana fadhilahnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhu, boleh dibaca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan.
Kebanyakan imam-imam besar (Imam Syafi’i) mengkhatam Al Quran dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

10.30 malam.
Memperbanyak istighfar sebelum tidur. Berniatlah untuk puasa keesokan hari.
Tidur awal supaya dapat bangun untuk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur: “Dengan namaMu Ya Allah! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil Allah ketika tidur. Amin Yaa Rabbal Alamin.

Drama Pilihan -Nur Kasih-

Drama yang paling dinantikan setiap Jumaat, jam 9.00 malam. Suke nye ceta ni. Suka tgk watak aidil, adam n nur....geram sgt ngan si sara tu...walau cam ne pun..mmg bekesan la watak2 diorg. X saba nak tgk de next episod...

Thursday, August 27, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan ke 52


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 buat Tanah Air ku Malaysia....


Tahun kemerdekaan sama ngan tahun abah lahir...senang nak ingt umor abah..:)


Ramadhan Al-Mubarak....


Assalamualaikum kepada semua...

Selamat menyambut bulan Ramadhan....


Selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini kepada sume family n kengkawan.

Semoga Ramadhan ini memberi lebih keberkatan buat kita semua. Amin...