Sunday, September 27, 2009

Renovation...

Selamat beraye kepada sume...
Alhamdulillah, dh lawa umah nenek kat segamat. kalah umah kami. Ade gak yg mencadangkan wat kenduri bln 12 t kat umah nenek :). ni nak tunjuk proses renovation kat umah nenek di segamat. kat bwh ni antara gamba2 yg sempat diambil.

Sebelum

Semasa

Selepas




Ade lagi gambar yg selepas ni tapi kat kamera lain. So, t tambah lg pic...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Lebaran


Aidilfitri menjelang tiba

Tinggal beberapa hari je lagi nak sambut raye. sekejap je dh berada di hujung ramadhan. Puasa tahun ni byk hari yg hujan, org yang berniaga bazar ramadhan lg la kesian. nak wat cam ne... semua tu Rahmat Allah S.W.T.

Semalam pi teman adik2 ku pi SOGO nak shoping baju raye. Ramai jugak la org. Smp2 jek sume bwk haluan masing2 mencari barang yg nak di beli. ingt nak beli lagi sepasang baju raye, puas la pusing2 kat dlm sogo n pi Jln TAR plak. tapi sudahnye x beli pun. Beli baju raye tuk abah jek n t-shirt 4 myqeem. berbuka pun kat tepi sogo jek mkn murtabak yg dibeli kat jln TAR tu. sedap gak...(ke mmg lapa sbnrnye :)) .

Saturday, September 12, 2009

ngantok nyer hari ni...

selamat pagi 23 Ramadhan 1430...

ngantok n letih sket ari ni sebab malam tadi tido lambat wat kueh raya. emm..ni sebab awal2 xnak wat kan, dah tggl mggu terakhir puasa baru nak pulun wat biskut raye...adei..letih. malam tadi sempat tido jap pas solat isyak n then kol 10 bgn start wat kueh tart gulung sambil nengok drama tv3 lakonan fahrin n elly mazlin. Lupa plak pe tajuk nye. Sonok gak layan ceta tu. pas tu kol 12.30 plak layan movie midnight - "Big Fat Liar". Kesian kat adik2 saya yg 2 org tu, kena tolong smp siap. shasha tolong wat inti n shahirah plak tolong letak kuning telur, masukkan dalam oven pas2 kuarkan n susun dalam bekas. smp dh nak tetido diaorg menolong. hehehe...xpe la bkn slalu pun. time nak raye jek. akhirnye siap jugak la kueh tart yang kami wat. disebabkan jam dh menunjukkan hmpir ke jam 3 pagi kami pun sume terus sahur skali. kalo tido terus gerenti x bgn sahur. sahur minum kopi radix, sup campbell n fingers 'hot n spicy'. pastu masuk bilik n dlm kol 3 lbh gak la nak melayan mata ni tido.

moral nye : wat la biskut raye awal2 sket... :)

Wednesday, September 9, 2009

Esok cuti....

Tak sabar nak tggu esok. Nak pi beli barang2 hantaran saya tuk kahwin t. Sib baik la gaji dh masok kan, kalo x...nganga je la. Sok plan nak pi shoping barang2 kat SOGO. Harap2 x rmai sgt org la. Dah la nak raye ni. Hari bekerja pun ramai org gak kat SOGO tu. mane dtg ntah. Kan wktu bekerja. Len la mcm saya ni...cuti ari biasa x sama ngan org len. Sabtu Ahad plak kene keje. X kisah la yg penting brg2 yg nak beli sok dpt. :)

Thursday, September 3, 2009

Kelas BLOG 04/09/2009

Hari ini saya menjalankan kelas blog di PJK TAMAN DESA KELISA, ULU YAM.

Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang saya sempat ambil










Haa..replika "King of Fruits"


Tuesday, September 1, 2009

Info Solat Jama' dan Qasar

Disini ada beberapa panduan, syarat dan hukum hakam solat bagi orang musafir.

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya, ia boleh menjama'kan di antara dua solat serta mengqasarkannya sekali. Walaubagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar. Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.

Mengqasarkan solat tanpa jama', iaitu, mengerjakan solat zuhur, asar, isya' dengan dua rakaat yang berasingan. Solat jama' dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah. Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhirnya musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jama' dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hai, eloklah dikira dari 60 batu.

Di antara dua solat jama' tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jama' dengan satu kali azan dan dua kali iqamat). Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang bersolat sempurna (tamam). Apabila seseorangitu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jama' dan qasarnya. Ertinya ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jama'. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah qasarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jama' dan qasar. (Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar). Seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jama' dan qasar sehingga 18 hari. Seseorang itu tidak diharuskan solat jama' dan qasar jika bermusafir kerana sesuatu maksiat.

Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jama' ta'khir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai di akhir waktu baru berniat.Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jama'/qasar.Kemudahan solat jama' (jama' sahaja) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjamaah apabila hujan lebat. Kampung itu pula merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isya') dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat yang kedua.

Peperiksaan UPSR

Haaa..minggu depan 08/09/2009 akan bermula la peperiksaan UPSR bagi bebudak darjah 6. Termasuk lah adik ku yg last ni. Peksa dh dekat tp asyik main game jek. Ade gak kena 'fire' ngan mak ni :) . Selamat menjalani peperiksaan yang akan dihadapi kepada adikku 'shahirah' n sume yg nak amek peksa. Semoga berjaya menjawab soalan peksa n dapat result cemerlang. Amin...



ini lah 'shahirah'